Jumaat, 1 Mac 2013

Dalam sujud, kita BERSATU ♥



Cinta Dari Allah?? Cinta Hingga ke Syurga? = Astaghfirullah!!!

Cinta dari Allah atau cinta hingga ke syurga BUKANLAH dengan meletakkan gambar berposing dengan kekasih pujaan hati yang sememangnya sah2 bukan muhrim...

ATAU

yang "bercinta" sakan di FB sehingga 1 Malaysia tahu...Allah....

ATAU

yang asyik "bergayut" telefon sampai ke azan subuh....kononnya minta tolong gerak untuk tahajud....tapi lepas tu, disambung pula dengan SMS yang bertali arus hingga pagi...

"Hati kita sangat hajatkan hidayah Allah...hati kita perlu untuk dibersihkan...sampai bilakah KITA NAK HIDUP bergelumang dengan DOSA?"

---> BERCINTA lah dengan Allah...rasailah kemanisannya... ♥ ~

--->jangan banyak berkhayal yang bukan-bukan, ingat, pandangan Allah jatuh pada hati kita...

[ASTAGHFIRULLAH, ASTAGHFIRULLAH, ASTAGHFIRULLAH] (T___T

UAI jawab pasal purdah/niqab



1.*ada sorg hamba Allah nie die
memperlekehkan pemakaian purdah..
Ustaz Azhar Idrus : haram..jika niat
persendakan hukum agama jadi
murtad..


2.*assalamualaikum..ape hukum pakai
purdah?adakah ia dituntut oleh islam
atau hanya tradisi org arab?
Ustaz Azhar Idrus :wsalam..wajib jika
wajah yg boleh tarik perhatian lelaki...


3*ape hukum wanita yg menutup aurat
walaupun pakai purdah mandi ditempat
awam seperti laut..
Ustaz Azhar Idrus : harus selama mana
menutup aurat..


4*Betulkah kelebihan buat wanita
yang berpurdah,masa di akhirat
nanti,Allah sendiri yang datang
bertemu mereka?
Ustaz Azhar Idrus : tidak disebut dalam
mana2 hadis begitu tetapi siapa yg
menutup aurat kerana Allah, dia akan
dimuliakan Allah di hari akhirat nanti..


5.*ustaz..seorang suami cakap pada
seorang isteri : "saya tak suruh awk
pakai purdah tapi saya lebih suka tegok
awak berpurdah "
soalan; .adakah wajib si isteri ni pakai
purdah..
Ustaz Azhar Idrus: sunat..


6*ape hujah yg paling best nk ckp pde
parents pasal kite nk berniqab..
Ustaz Azhar Idrus : tak perlu kebenaran
keluarga..ianya hukum Islam yg bebas
siapa saja nak amalkan cuma apabila
ditanya, katakan saya senang begini..
insyaAllah akhirnya mereka menerima..


7*ustaz..kalau org prempuan tu pakai
purdoh doh pahtu labuh molek belake
tapi ambe jadi syok tgk lame2 guane
ustaz?nampok ye makin cantik jelita
bila berpurdah berbanding mase ye
berpakaian biase..siape kelu lidah nk
ucap subhanallah ke astaghfirullah...
Ustaz Azhar Idrus : bila dah berpurdah,
kita masih duk syok lg tu bkn salah yg
berpurdah...salah kita dah tu sbb
tengok dgn nafsu..


8*assalamualaikum ustaz, bulis ker org
puang cakak gni; "dok redi ag pakai
niqab/tudung labuh"? brase mcm dok
patut je ckp gni..
Ustaz Azhar Idrus: tapi malaikat maut
sentiasa ready nak ambil nyawanya
bila2 masa..


9*Assalamualaikum Ustaz. Bagi
perempuan,ada tak solusi untuk
mengelakkan fitnah selain berpurdah?
Sepupu saya sudah berusaha sebaik
mungkin jaga aurat dan batasan
pergaulan, tapi selalu kene kacau
dengan kebanyakan lelaki..
Ustaz Azhar Idrus :
wsalam..mengelakkan diri dri lelaki
atau berteman.


p/s>ap yg pnting bila seseorng itu
brpurdh jngnlh shingga niat kte mnjdi
salah...bukn untuk BERFESYEN ea wahai
wanita2x sekalian...wallahu'alam...
(MUhasabah DIRI) ♥♥

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.” ~Wallahullam